Bicara Buat Teman

Teman
Ingin sekali aku berbicara
Tentang kehidupan
Tentang rasa lara
Tentang resah di jiwa

Teman
Ingin juga aku bicara
Tentang derita
Tentang rasa kecewa
Tentang duka sengsara

Teman
Ingin aku berbicara
Tentang lagu kita
Yang sering tidak seirama

Teman
Ingin juga jiwa ini berbisik
Bisik jiwa terus ke benakmu
Cerita kita untuk hari ini
Esok dan lusa
Juga selamanya

Kalau Sudah Senjata Di Tangan

Kes remaja yang maut di tembak di Shah Alam tempoh hari masih dalam siasatan dan masih menjadi perbualan. Timbul pulak satu lagi kes remaja di tembak polis di Seremban. Mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, cedera selepas terkena tembakan di bahagian perut dan menembusi ususnya. Nampaknya, kita tidak langsung mengambil iktibar dari kes Aminulrasyid sebelum ini.
Dan sekali lagi, kredibiliti pegawai-pegawai polis di persoalkan. Masyarakat akan dan sudah mula menunding jari. Tapi harus ke kita menyalahkan polis semata-mata? Cuba fikir balik, mereka hanya menjalankan tanggungjawab dalam menjaga keamanan negara. Cuma, situasi yang di lihat kini seperti mereka ini begitu mudah dan sewenang-wenangnya mengeluarkan senjata dan tidak lagi teragak-agak untuk menembak sesiapa saja yang ingkar arahan. Sudah hilangkah pertimbangan? Atau mungkinkah ini satu prosedur baru pihak polis?
Aku tak nafikan, para remaja juga seharusnya di persalahkan dalam situasi begini. Mengapa dari mula lagi lari lintang pukang bila nampak polis kalau diri tu tak bersalah? Kenapa tak berhenti saja bila di beri amaran? Gabra? Cuak? Bila lari, nampak sangat la memang bersalah..Lu pikir la sendiri!

AminulRasyid : Abadikah Tragedi?

Jika benar arwah di tembak ketika mengundurkan kenderaan yang di pandu, dapatkah di terima akal apabila melihat keadaan kereta ini? Wallahu'alam...


AminulRasyid dalam kenangan...

Tiada siapa yang dapat merungkai sejauh mana kebenaran kes ini. Terpanggil juga untuk aku menulis tentang tragedi yang menyayat hati ini. Sedikit tidak, masyarakat sudah mula mempersoalkan tindak tanduk pihak polis yang melepaskan tembakan yang menyebabkan kematian remaja ini. Hancur luluh hati seorang ibu yang melahirkan apabila mendapat tahu anak remajanya di tembak mati oleh anggota polis kerana di tuduh sebagai seorang penjenayah. Aku tidak menyebelahi mana-mana pihak. Masing-masing punya hujah yang tersendiri. Memang sukar untuk kita menerima kenyataan. Walau apapun, kes ini masih lagi dalam siasatan dan penelitian pihak polis. Biarlah mereka menjalan tugas mereka. Apa yang masyarakat harapkan adalah keadilan dan ketelusan dalam menjalankan siasatan.


Namun, cuba renung sedalamnya. Cuba fikir dari sudut berbeza. Setiap manusia itu pastinya tidak terlepas dari melakukan kesilapan dalam hidupnya. Tiada di antara kita yang di lahirkan sempurna. Begitu juga dengan arwah dan pihak polis. Mereka juga berdiri di atas nama manusia.

Artikel di bawah ini adalah hasil tulisan YB Khalid Samad, ahli parlimen Shah Alam yang di petik dari laman blog nya. Cuba baca kenyataan saksi utama kes yang ketika itu bersama-sama arwah dalam menempuh detik cemas semasa kejadian. Renung dan nilaikan sendiri sejauh mana kebenarannya.
Al-Fatihah buat Allahyarham AminulRasyid..


Artikel
KEADILAN UNTUK AMINULRASYID
oleh YB Khalid Samad

Pada hari Isnin 26 April, jam 4 petang, saya telah menerima panggilan dari Ustadz Nasaruddin, Pemangku Ketua Pemuda PAS kawasan Shah Alam. Dia memberitahu saya bahawa seorang remaja yang berumur 15 tahun telah ditembak mati oleh Polis di Seksyen 11 Shah Alam awal pagi tadi. Penduduk sedang berkumpul di Surau Seksyen 11 untuk menunggu jenazahnya dan semua menyuarakan ketidak puasan hati atas tindakan Polis.

Remaja berkenaan anak salah seorang ahli Qariah yang dikenali. Mendengar berita tersebut saya pun telah bergegas ke Surau berkenaan dan mendapati sudah ramai berkumpul di situ. Saya melihat ramai di antara mereka terdiri daripada remaja belasan tahun.

Sebahagian dari mereka menunggu di luar kawasan Surau sambil sebahagian yang lain berada di dalam kawasan Surau tersebut. Setiba sahaja saya, qamat Salat Asar telahpun didengari dan Salat hendak dimulakan.

Saya mengambil wudu’ dan seterusnya menyertai jemaah. Setelah selesai salat, saya mendapatkan penjelasan dari Ustadz Nasaruddin mengenai apa yang telah berlaku. Beberapa orang turut mendengar dan memberi penjelasan termasuk seorang penduduk yang telah menyaksikan sendiri peristiwa berkenaan kerana kereta yang dipandu arwah terbabas di hadapan rumah beliau.

Mengikut keterangan mereka, pada jam lebih kurang 1.30 pagi, beberapa das tembakan telah kedengaran di jalan 11/2. Apabila disiasat, didapati sebuah kenderaan sedang dikejar kenderaan polis. Akhirnya kenderaan yang dikejar terbabas dan melanggar tembuk rumah dan pemandunya, Aminulrasyid Amzah, mati terkena tembakan di kepalanya. Seorang penumpang telah keluar dan berjaya melarikan diri.

Saya kemudiannya membuat panggilan telefon kepada Dato’ Khalid, Ketua Polis Negeri dan meminta penjelasan dari beliau. Dato’ Khalid menegaskan bahawa siasatan sedang dijalankan dan anggota polis yang terbabit telah dipindahkan ke kerja-kerja pejabat. Menurut beliau, siasatan dibuat oleh polis Negeri, bukan oleh polis Shah Alam, bagi menjamin ketelusan. Begitu juga tegas beliau, bahawa siasatan dibuat di bawah Kanun Keseksaan 302, iaitu tuduhan membunuh sebagai bukti seriusnya pihak polis ke atas kes ini.

Dalam keadaan asyik mendengar penjelasan tambahan dari mereka yang berada di Surau, tiba-tiba beberapa orang membawa seorang remaja ke hadapan saya sambil berkata kepada saya, "dia lah penumpang yang bersama arwah yang telah melepaskan diri". Orang semakin ramai berkumpul dikeliling saya dan memandangkan keadaan semakin bercelaru, saya menasihati remaja tersebut untuk ke tempat lain dahulu dan 'stay low profile'.

Saya mengambil nombor telefon bimbitnya dan berjanji akan memanggilnya kemudian untuk bertemu dalam suasana dan keadaan yang lebih tenteram untuk mendapatkan penjelasan berhubung peristiwa berkenaan daripada beliau. Saya berpesan supaya dia berhati-hati supaya tidak ditahan polis kerana dikhuatiri penjelasan beliau akan dipengaruhi pihak polis untuk sealiran dengan kenyataan yang telah dikeluarkan mereka.

Kenyataan yang dikeluarkan polis melalui TV dan radio, saya diberitahu, berbunyi "seorang yang disyaki penyamun ditembak polis awal pagi di Seksyen 11 Shah Alam… sebilah parang dijumpai di dalam kereta disyaki digunakan sebagai senjata untuk menyamun… suspek kedua berjaya melepaskan diri..."

Selepas Maghrib saya berhubung dengan remaja berkenaan dan kami bertemu bersama beberapa orang sahabat sebagai saksi. Remaja tersebut memberitahu bagaimana arwah telah mengambil kereta kakaknya pada lewat malam sambil semua sedang tidur dan menjemput beliau. Mereka telah ke sebuah kedai di Seksyen 11 dan seterusnya ke Seksyen 7 setelah mendapat panggilan dari seorang rakan lain yang mengalami kerosakan motorsikal di situ.

Dalam perjalanan ke tempat kerosakan tersebut, berhampiran restoran Ali’s corner, mereka tergesel dengan sebuah kereta mewah yang sedang parkir di situ. Kemalangan ini menyebabkan arwah ketakutan dan beliau terus membawa kereta untuk melarikan diri. Pada masa yang sama mereka dapati ada motorsikal yang mengejar mereka. Apabila sampai di Seksyen 12, di jalan dari bulatan Istana Kayangan menuju SIRIM, motorsikal berkenaan terlanggar kereta yang dipandu arwah di bahagian belakang dan terus terbabas.

Arwah terus membawa keretanya dengan laju dan pada ketika itu mereka telah memintas sebuah kereta peronda polis. Kereta peronda tersebut terus membunyikan sirennya dan mengejar mereka, melalui SIRIM terus ke bulatan dan menuju ke Masjid Negeri, sampai ke Seksyen 9 dan kembali ke bulatan Istana Kayangan.

Dari bulatan Istana Kayangan mereka berpatah semula ke Seksyen 11 memasuki simpang berhampiran Caltex, Esso dan terus memasuki jalan 11/2. Tiba-tiba kedengaran tembakan beberapa das. Kereta terhoyang hayang disyaki tayar telah terkena tembakan. Arwah terus memandu dalam keadaan tayar ditembak sehingga tiba-tiba beliau rebah ke atas ribanya. Kereta terus menyimpang ke kiri dan terbatas melanggar tembok sebuah rumah.

Apabila di pegang kepala arwah, didapati berlumuran darah. Terasa kepala berlubang dan darah membasahi tangan dan bajunya. Remaja ini terus keluar dari kereta, terpaksa keluar dari pintu sebelah arwah, kerana pintu sebelah dirinya telah terhimpit. Terpaksa mengalih mayat arwah supaya dapat melepasi diri dengan tujuan menyerah diri. Tak sempat apa-apa, sebaik sahaja keluar beliau diterajang seorang anggota polis dan beliau terus melarikan diri.

Sambil mendengar penjelasan beliau, tiba-tiba abangnya muncul entah dari mana. Memarahi beliau kerana tidak pulang ke rumah. Apa dah jadi ini, kata abangnya, bagaimana adik saya digelar penjenayah. Kami menenangkan abangnya sambil memberitahu niat kami adalah untuk menolong adiknya. Dia terus meminta adiknya pulang ke rumah, ayah menunggu katanya. Kami ikut sekali. Setibanya di rumah mereka, ayah dan ibunya kebinggungan. Kami menenangkan mereka dan memberitahu mereka anak mereka bukan penyamun.

Seterusnya saya membawanya bersama abangnya untuk membuat laporan polis. Jam sudah hampir pukul 10 malam. Saya ingin menentukan bahawa laporannya sama seperti ceritanya kepada saya sebelum ini. Tiada paksaan untuk mengubah ceritanya. Selepas laporan disiapkan saya bersamanya dan abangnya bertemu pegawai yang bertugas.

Saya bertanya apakah SOP untuk pihak polis menggunakan senjata api menembak orang yang disyaki. Dia menjawab, hanya sekiranya nyawanya atau nyawa orang lain terancam.

Remaja saksi utama dibenarkan pulang ke rumah. Saya telah berhubung dengan YB Gobind Deo terlebih awal dan meminta dia mengambil kes ini. Dia berjanji akan berjumpa remaja berkenaan pada esok harinya, iaitu Selasa jam 10.30 pagi di mahkamah Shah Alam.

Selepas itu saya ke rumah arwah untuk bertemu keluarganya. Ibunya kesedihan. Abangnya kebinggungan. Bagaimana ini semua boleh berlaku. Mendengar percakapan ibunya berhubung arwah yang merupakan anak bongsunya, saya merasa sebak. Saya tak boleh bayangkan kesedihannya. Semakin ramai datang berkumpul. Saya berundur pada jam 12 tengah malam.

Esok pagi jam 9.30 pagi saya mengadakan sidang akhbar di pejabat saya. Dalam sidang akhbar tersebut saya menyatakan 3 perkara seperti berikut :

1. Arwah bukan penyamun dan penjenayah. Warga Seksyen 11 mengenali beliau dan tidak akan menerima alasan sedemikian rupa dari mana pihak sekalipun.

2. Arwah tidak cuba melanggar anggota polis seperti yang didakwa. Arwah telah ditembak semasa memandu melarikan diri dan bukan semasa mengundur kereta untuk melanggar anggota polis. Itu satu pembohongan sepertimana juga kisah kononnya ada sebilah parang di dalam kereta.

3. Saksi yang merupakan rakan sepanjang peristiwa malang tersebut perlu diberi perlindungan dan tidak ada usaha dilakukan supaya ceritanya diubah untuk bersesuaian dengan kisah yang dilaporkan pihak polis. Saya meminta Polis bertindak secara profesional dalam kes ini dan jangan berusaha untuk melindungi anggotanya.

Shah Alam menjadi medan berlakunya pembunuhan Teoh Beng Hock sebelum ini. Malaysia juga menyaksikan sebelum ini kes Kugan yang telah mati di dalam tahanan. Norizan Salleh yang ditembak secara rambang sebanyak 5 kali tetapi masih hidup untuk menceritakan pengalaman ngerinya.

Harap jangan dilupa juga kisah Altantuya bersama bom C4. Ini semua kes-kes yang tergantung yang menjadi tanda tanya masyarakat. Entah banyak mana lagi kes yang tergantung sebegini yang tidak diketahui umum.

Apa yang pasti, kita tidak boleh membenarkan kes Aminulrasyid berkesudahan sebegitu rupa. Kita doakan semoga roh Allahyarham ditempatkan bersama orang-orang yang soleh yang beroleh rahmat.


Wallahu 'Alam
KHALID SAMAD











Patri by Jinbara

Lagu yang paling latest di mainkan dengan gitar kapok kesayangan..



Em           D    Am     Em
Andai hati ini sang kecapi
Am      Em    C       B
Perasaan jadi talinya
Em               D      Am   Em
Engkau memetik jari jemari
Am           Em         C       B
Berlagu irama duka dan lara
 
     C             D     B-Em
Andai tubuh ini boneka
C             D          B-Em
Nalurinya benang sutera
   Am         D                 G-C
Engkau dalang mengawalnya
   Am                B        Em
Ke timur ke utara kemana jua
   Am        D      G-C
Aku hanya menuruti
   Am                   B       Em
Mengikut apa saja hukuman
 
Em          D    Am      Em
Andai diri ini taman tasik
Am        Em             C         B
Sang kirana pula jiwa raganya
Em                     D    Am         Em
Engkau menjaring dengan senyuman
Am             Em                  C     B
Dan mengurungkannya dari segala
 
C                D   B-Em
Namun diri ini insani
C           D       B-Em
Pasti ada kemahuannya
     Am      D            G-C
Kerna aku terpanah arjuna
      Am               B        Em
Sedikitpun tidakku menyesali
    Am     D      G-C
Aku rela ditawanan
     Am        B             Em
Aku rela terpatri cinta suci


Sesekali Teringat Part II

Seronok rasenye bile abis SPM. Merdeka! Merdeka! Merdeka! Tempat pertama yang di kunjungi lepas tamat masa untuk kertas akhir , warung mamak! Nak pikir pasal keputusan yang bakal di peroleh? Ahh..lupakan je la. Ini bukan masanya. Ini masa untuk tidak memikirkan soal pelajaran lagi. Masa untuk bersuka ria kononnya meraikan kejayaan sebab kiranya dah abis sekolah.
Sementara menunggu keputusan SPM, aku buat kerja sambilan. Kerja kilang je. Boleh la tu, gaji RM 500-RM 600 tu pun dah cukup besar dah masa tu. Sementara tu, ade jugaklah gatal-gatal amik kursus asas komputer. Zaman aku mana ade Microsoft lagi. Window-window ni tak wujud lagi kat Mesia ni. Yang famous masa tu Wordstar, Lotus 123 ngan apa lagi tah. Aku dah tak ingat dah. PC pun masih guna DOS lagi. Bukan la aku tak tau guna bende-bende tu, cuma saja gatal nak dapatkan sijil. Bukan lama pun, 3 bulan je. Duit gaji yang aku dapat, aku bayo yuran. Lebihnya, buat belanja la. Tak lama lepas dapat sijil SPM ngan sijil kursus tu, nenek sedara aku offer kerja kat kompeni dia kat Jalan Gurney jadi mat despatch. Seingat aku la, aku kerja 4 bulan je. Sebab dalam masa kerja kat situ, aku apply kerja lain yang lebih menjamin masa depan. Tak sangka pulak aku boleh sangkut. Padahal masa interview, aku dah tak confident boleh dapat.
9 September 1996, hari pertama aku lapor diri. Memula tu cuak jugak sebab masuk je ofis, aku tak nampak pun macam ofis. Bersepah dengan barang-barang. Betul ke niehh?? Aku pun hulur la surat tawaran kerja dengan surat lapor diri kat pegawai tu. Hulur pun kat tingkap je. Hehehe! Aku pun mula la belajar selok belok kerja kat situ. Dari seorang yang tak tau ape, sampai la jadi expert. April 1998, kena pindah nun jauh ke pelusuk dunia. Aku dan 1 ofis tu di pindahkan ke Klang Utara sebabnya tempat lama tu dah tak sesuai lagi. Tempat baru tu lebih besar dan selesa. Biar pun jauh, tapi seronok kerja kat situ. Zaman bujang, nak kata liar sangat tu takde la sebab aku tinggal dengan keluarga angkat. Dalam masa 4 tahun tinggal dengan diorang, aku banyak habiskan masa dengan main muzik dengan kawan-kawan. Maka, kitorang tubuh la satu band. Bukan la pro sangat pun. Setakat main rumah orang kawin boleh la. Main instrument pun, kami belajar sendiri. Bermula dari bawah, sampai la ade studio jammin' dan equipment sendiri. Asalnya aku main posisi gitar. Oleh sebab takde sape nak jadi vocalist, aku jugak la amik posisi tu. Fikir-fikir, fed-up jugak. Aku kembali ke posisi gitar lepas dapat tukang nyanyi yang lain. Tapi tak lama. Sudahnya, aku jadi vocalist tanpa main gitar. Kadang-kadang tu, main jugak la sambil nyanyi.
Masa-masa yang tak dapat nak lupa, kitorang main kat kenduri kawin bro Eddie, bassist kumpulan Def-Gab-C kat Ampang. Masa tu, aku tengok ramai jugak la abang-abang rockers yang datang. Tak silap aku, Joe Wings pun ada sekali. Time kitorang break, Def-Gab-C ade buat persembahan guna instruments kitorang. Syokk wooo! Satu lagi masa pertandingan battle of the band. Kitorang masuk pertandingan tu tapi kumpulan yang tak di beri nama. Oleh sebab kitorang di pilih ke final masa peringkat saringan tu, timbul la nama Access menandakan yang kitorang berjaya masuk.
Malangnya, tahun 2002 sekali lagi aku di pindahkan ke Ibu Pejabat. Hmm, oleh sebab masing-masing ada hala tuju, kitorang berpecah. Bila di pindahkan, aku pun dah tak duduk dengan keluarga angkat lagi. Aku kembali tinggal dengan parent dekat Setiawangsa. Timbul pulak la pe'el baru. Hujung minggu je, aku tak lekat kat rumah. Mesti melepak dengan kengkawan kat Ampang. Tido kat rumah bujang. Tapi, tak la buat aktiviti yang tak berfaedah. Takde la nak pi lepak tak tentu pasal. Sesekali pi karaoke tu ade la..heheheheh!
Aku tamatkan zaman bujang aku tahun 2004 iaitu lebih kurang 10 bulan lepas bertunang. Kini, dah 6 tahun kawin dan di kurniakan 2 orang anak. Yang kat dalam perut, coming soon. Aku pun dah tinggalkan aktiviti melepak dengan kengkawan. Karaoke tu ade jugak la, tapi dengan orang umah je...hehehehee..!

Affinbank 2010 Bowling


Tempat : Wonderbowl, Mines Shopping Complex

Tarikh : 17 April 2010

Salah satu piala yg menjadi rebutan..

Cam frust jekkk...

Senyum sokmo!





Dua jejaka idaman malaya..

Bangga la tu....



Gaya seorang pro..!

Team Hagemaru..dpt no 3..ok la tu..
dari kiri : nik, azmi, sham (en. temoyong), org umah aku dan presiden kelab sukan


En. Temoyong dan piala-pialanya (konon..)

Flyer Konsert


1 Mei 2010..mesti gempak gile punye la. 2 gergasi rock akan 'bikin panas' kat Bukit Kiara. Di katakan 15,000 peminat Wings dan Search bakal membanjiri tapak konsert. Terbaik wokkk!