Info - 10 Jenis Makanan Anti Kolesterol

Kacang SOYA merupakan makanan popular yg diproses. Kacang soya mengandungi 48% protein, lesitin, vitamin & zat galian. Ia juga dapat menghidarkan penyakit jantung & kencing manis. Kaya kalsium & Mineral yg membantu memecah lemak. Ia membantu menyusutkan kadar lemak jahat (LDL) dan meningkatkan kadar lemak baik (HDL). KUACI mempunyai kandunan zat besi. Pola pemakanan yg rendah dgn zat besi boleh menaikkan kadar kolestrol LDL sekali gus menghadkan kolestrol HDL. Mulakan pengambilan kuaci jenis tawar seperti dari jenis labu atau bunga matahari untuk menambah zat besi serta mengurangkan kolestrol. Antara pelbagai jenis BUAH KERING, limau kering adalah yg paling banyak mengandungi flavanoid. Pengambilannya mampu menyingkirkan lebihan lemak LDL sehingga dapat mengurangkan risiko serangan jantung. Flavanoid juga boleh diperolehi dalam the, brokoli, tomato, bawang serta delima. Memakan sebiji EPAL @ meminum jusnya setiap hari cukup untuk membekalkan khasiat bagi mengurangkan kandungan kolestrol dalam badan. Kanak-kanak yg memakan makanan segera dan kemudian memakan epal @ minum jusnya, sebenarnya menyimbangkan kandungan zat dan mencegah berlaku lemak dlm badan. IKAN TUNA termasuk sumber asid lemak omega-3 yg popular selain salmon dan makarel. Omega-3 secara khusus melindungi tubuh daripada peningkatan kadar kolestrol LDL. KACANG TANAH yg dipanggang mengandungi lemak sihat dan kaya dengan vitamin E. Ia boleh menghalang radikal bebas agar tidak merosakkan kolesterol LDL dan dapat menghindari tubuh daripada serangan jantung. Vitamin C banyak terdapat dalam MANGGA. Sumber lain : belimbing, kedodong, betik, rambutan, strawberi dan kiwi. Vitamin C berupaya mencegah kolestrol LDL dlm tubuh. KISMIS mengandungi sebatian yg mampu menurunkan kolestrol. Sesiapa yg mengamalkan diet dgn 400 kalori kismis setiap hari boleh menurunkan kadar kolestrol dlm darah sebanyak 8%. Lebih daripada kajian saintifik yg dijalankan telah menunjukkan bahawa pengambilan OAT setiap pagi boleh menurunkan kolestrol dalam darah. Serat mudah larut dalam oat boleh mengurankan risiko penyakit jantung sekiranya dijadikan sebahagian diet rendah lemak & kolestrol anda. JAMBU BATU mampu menurunkan paras kolestrol dalam badan sebanyak 18.8%. Disyorkan mengambilnya setiap hari dalam jumlah mencukupi bagi memastikan khasiatnya bertindak balas kepada tubuh. Jumlah yg disyorkan ialah 400gm sehari, iaitu sebiji setengah selama empat minggu. Bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan tanpa melupakan diet seimbang, jambu batu adalah pilihan yg sesuai.

Kisah 5 Perkara Aneh

Abu Laits as-Samarqandi adalah seorang ahli fiqh yang masyur. Suatu ketika dia pernah berkata, ayahku menceritakan bahawa antara Nabi-Nabi yang bukan Rasul ada menerima wahyu dalam bentuk mimpi dan ada yang hanya mendengar suara. Maka salah seorang Nabi yang menerima wahyu melalui mimpi itu, pada suatu malam bermimpi diperintahkan yang berbunyi, "Esok engkau dikehendaki keluar dari rumah pada waktu pagi menghala ke barat. Engkau dikehendaki berbuat, pertama; apa yang engkau lihat (hadapi) maka makanlah, kedua; engkau sembunyikan, ketiga; engkau terimalah, keempat; jangan engkau putuskan harapan, yang kelima; larilah engkau daripadanya."
Pada keesokan harinya, Nabi itu pun keluar dari rumahnya menuju ke barat dan kebetulan yang pertama dihadapinya ialah sebuah bukit besar berwarna hitam. Nabi itu kebingungan sambil berkata, "Aku diperintahkan memakan pertama aku hadapi, tapi sungguh aneh sesuatu yang mustahil yang tidak dapat dilaksanakan." Maka Nabi itu terus berjalan menuju ke bukit itu dengan hasrat untuk memakannya. Ketika dia menghampirinya, tiba-tiba bukit itu mengecilkan diri sehingga menjadi sebesar buku roti. Maka Nabi itu pun mengambilnya lalu disuapkan ke mulutnya. Bila ditelan terasa sungguh manis bagaikan madu. Dia pun mengucapkan syukur 'Alhamdulillah'.
Kemudian Nabi itu meneruskan perjalanannya lalu bertemu pula dengan sebuah mangkuk emas. Dia teringat akan arahan mimpinya supaya disembunyikan, lantas Nabi itu pun menggali sebuah lubang lalu ditanamkan mangkuk emas itu, kemudian ditinggalkannya. Tiba-tiba mangkuk emas itu terkeluar semula. Nabi itu pun menanamkannya semula sehingga tiga kali berturut-turut. Maka berkatalah Nabi itu, "Aku telah melaksanakan perintahmu." Lalu dia pun meneruskan perjalanannya tanpa disedari oleh Nabi itu yang mangkuk emas itu terkeluar semula dari tempat ia ditanam.
Ketika dia sedang berjalan, tiba-tiba dia ternampak seekor burung helang sedang mengejar seekor burung kecil. Kemudian terdengarlah burung kecil itu berkata, "Wahai Nabi Allah, tolonglah aku..." Mendengar rayuan burung itu, hatinya merasa simpati lalu dia pun mengambil burung itu dan dimasukkan ke dalam bajunya. Melihatkan keadaan itu, lantas burung helang itu pun datang menghampiri Nabi itu sambil berkata, "Wahai Nabi Allah, aku sangat lapar dan aku mengejar burung itu sejak pagi tadi. Oleh itu janganlah engkau patahkan harapanku dari rezekiku."
Nabi itu teringatkan pesanan arahan dalam mimpinya yang keempat, iaitu tidak boleh putuskan harapan. Dia menjadi kebingungan untuk menyelesaikan perkara itu. Akhirnya dia membuat keputusan untuk mengambil pedangnya lalu memotong sedikit daging pehanya dan diberikan kepada helang itu. Setelah mendapat daging itu, helang pun terbang dan burung kecil tadi dilepaskan dari dalam bajunya.
Selepas kejadian itu, Nabi meneruskan perjalannya. Tidak lama kemudian dia bertemu dengan satu bangkai yang amat busuk baunya, maka dia pun bergegas lari dari situ kerana tidak tahan menghidu bau yang menyakitkan hidungnya. Setelah menemui kelima-lima peristiwa itu, maka kembalilah Nabi ke rumahnya. Pada malam itu, Nabi pun berdoa. Dalam doanya dia berkata, "Ya Allah, aku telah pun melaksanakan perintah-Mu sebagaimana yang diberitahu di dalam mimpiku, maka jelaskanlah kepadaku erti semuanya ini."
Dalam mimpi beliau telah diberitahu oleh Allah S.W.T. bahawa, "Yang pertama engkau makan itu ialah marah. Pada mulanya nampak besar seperti bukit tetapi pada akhirnya jika bersabar dan dapat mengawal serta menahannya, maka marah itu pun akan menjadi lebih manis daripada madu. Kedua; semua amal kebaikan (budi), walaupun disembunyikan, maka ia tetap akan nampak jua. Ketiga; jika sudah menerima amanah seseorang, maka janganlah kamu khianat kepadanya. Keempat; jika orang meminta kepadamu, maka usahakanlah untuknya demi membantu kepadanya meskipun kau sendiri berhajat. Kelima; bau yang busuk itu ialah ghibah (menceritakan hal seseorang). Maka larilah dari orang-orang yang sedang duduk berkumpul membuat ghibah."
Saudara-saudaraku, kelima-lima kisah ini hendaklah kita semaikan dalam diri kita, sebab kelima-lima perkara ini sentiasa sahaja berlaku dalam kehidupan kita sehari-hari. Perkara yang tidak dapat kita elakkan setiap hari ialah mengata hal orang, memang menjadi tabiat seseorang itu suka mengata hal orang lain. Haruslah kita ingat bahawa kata-mengata hal seseorang itu akan menghilangkan pahala kita, sebab ada sebuah hadis mengatakan di akhirat nanti ada seorang hamba Allah akan terkejut melihat pahala yang tidak pernah dikerjakannya. Lalu dia bertanya, "Wahai Allah, sesungguhnya pahala yang Kamu berikan ini tidak pernah aku kerjakan di dunia dulu."
Maka berkata Allah S.W.T., "Ini adalah pahala orang yang mengata-ngata tentang dirimu." Dengan ini haruslah kita sedar bahawa walaupun apa yang kita kata itu memang benar, tetapi kata-mengata itu akan merugikan diri kita sendiri. Oleh kerana itu, hendaklah kita jangan mengata hal orang walaupun ia benar.

Badut Yoyo

Ni la budak jantan yang paling pendek kat opis aku. Jantan sekor nih bernama Khairul. Nama glemer die Mike (kononnn)..tambah lagi perkataan hensem belakangnye..jadi la Mike Hensem. Chertt! nak jadi orang putih..perasan diri hensem plak tuhh. Makan petai ngan sambal belacan ade ati mau jadik mat saleh. Asal Bagan Dato'. Kat opis tu, dia la yang paling kalakau sekali. Kalau buat lawak, no. 1. Loyar buruk pun sama jugak. Ade la juga cita-cita nak masuk raja lawak tapi cakap aje lebeyyy..tak masukk pun. Warghhh! warghh! warghhh!..

Sup, Roti Dan Pakistan

Mesti korang rasa cam pelik jek kan title tu..apa pulak sangkut paut sup dengan pakistan pulak. Nih yang aku nak habaq mai kat hang pa nih. Setiap ari jumaat aku dan segerombolan bebudak opis ni akan pergi solat jumaat di masjid pakistan, chow kit (bukan kat pakistan tau). Sebelum solat, kitorang akan 'pekena' sup di sebelah masjid tu. Memang syok giler. Macam-macam jenis sup ade. Sup ayam, kambing, daging, ekor, antarabangsa, lidah, urat dan lain lain. Di hidang pulak dengan nasi putih yang panas ataupun roti potong benggali tuh. Kalau pekena, memang terangkat. Sama la macam kita makan sup yang femes dulunya di doraisamy. Lebih kurang la rase die. Sape-sape nak rase sup mamak yang pekat dan penuh dengan rempah ratus ni, sila la. Tak la jauh mane. Kalau naik monorel, turun saje di stesen chow kit. Lintas jalan, dah sampai. Selamat mencube!

Nak Tau?

Baaaa..cakkk! Haha..ni adik pompuan aku yang paling bongsu..
Uikkk?! Posing nampakkk..ni pulakk adik jantan aku..amacamm? ade gaye model tak? aku nampak macam model iklan minyak rambut jekk...wakakakaka..

Amek gambo sendri gune henpon kahh?

Ini Ade Satu Cerita

Hoh! Apa yang nak bebelkan lagi? Hehhehe..blur plak. Well, ni dah masuk bulan 7 dalam tahun 2009 ni. Kejap je kan? Diam tak diam tahun 2009 dah pun nak tutup tirai. Bulan depan dah mula nak puasa pulak. Lepas tu dah raya..Hurmm..tak sedar pun masa cepat sangat beredar. Jun lepas aku di bagi tanggungjawab kerja yang lebih berat. Lepas aje big boss aku blah, habis satu department kene rombak carta kedudukan. Aku dah pening. Macam mana ni? Satu hari tu, kene la panggil mengadap boss baru. Aduihh..ape pulak lagi niehhh. Aku pun duduk la depan die dengan sopan santun..tetibe toingg!! sekeping kertas bermaruah..ehh silapp..tu lagu Wings..sekeping memo di letakkan depan aku. Alamakk ehhh..menatang apa nie? Terkebil kebil mata aku menengoknye. Hah?! Wa tipilanjatt. Membaca tajuknye saje dah buat aku panik. New Position As Head.....hadoihhhhh ..ape ke jadahnye semua ini? Aku belek-belek memo tu tengok OC baru di belakangnye. Perasaan bercampur baur..suke ade, pening ade, takut pun adeeee. Otak aku dah mule ligat berpusing menyusun atur strategi. Lepas ni abis la aku..sumer benda nak kene handle. Boleh buat ke niehhh?? ..

Budak Busuk

Dia berlari sekuat tenaganya. Dia tahu dia lewat. Dia tahu dia akan dimarahi Cikgu Suria sebaik sahaja dia melangkah kaki ke bilik darjah. Tetapi dia tidak peduli. Dia lebih rela dimarahi dan didenda oleh Cikgu Suria dari berada dalam rumah neraka itu. Dia tercunggap-cunggap mencari nafas sambil mengetuk pintu. "Ah...Sham. Baru sampai? Awak dah ketinggalan keretapi lagi!", tengkik Cikgu Suria diikuti dengan derai tawa kawan sedarjahnya. Malu. Memang malu bila ditertawakan begitu oleh kawan-kawannya. Tanya sahaja sesiapa pun murid darjah tiga sepertinya, pasti mereka mengatakan yang sama. Namun kulitnya sudah tebal. Bukan baru ini dia ditertawakan. Sudah lali rasanya dia dengan ejekan kawan-kawannya. Dia tidak peduli. Berada di sekolah lebih baik daripada berada di rumah jahanam itu.
"Shamsuri Johari! Awak tak dengar ke saya panggil?", herdik Cikgu Suria lagi. Dia sudah bosan dengan perangai Sham yang boleh dianggap nakal ini. Sham bukan setakat selalu datang ke sekolah lambat, kerja rumah pun sering tidak terbuat. Sudah tiga kali dalam masa dua bulan Sham di tangkap kerana mencuri bekalan makanan kawan-kawannya. Cikgu Suria merenung anak muridnya yang mendapat gelaran "budak busuk" ini dari kawan-kawannya. Pakaian Sham bukan sahaja tidak bergosok, malah kelabu, tidak putih seperti pakaian seragam anak muridnya yang lain. Yang hairannya abang dan kakak Sham sentiasa kemas bila ke sekolah. Bila ditanya kenapa, Sham tidak pernah menjawab. Abang dan kakaknya pula mengatakan yang Sham memang macam tu...pengotor.
Sham hanya menunduk. Matanya hanya tertumpu kepada kasut yang sudah berlobang. "Sham tengok muka saya bila saya bercakap dengan awak!" Perlahan Sham mengangkat mukanya, memandang tepat kearah Cikgu Suria. "Kasihanilah aku...", pinta Sham dalam hati. "Ya Allah Sham!", jerit Cikgu Suria sebaik sahaja terpandang wajah Sham. "Apa dah jadi dengan awak?", tanya Cikgu Suria sebaik sahaja terlihat luka yang melintang dari dahi hingga ketepi mata kiri Sham. Patutkah aku berterus-terang? Patutkah aku menceritakan yang sebenar? Tidak, tidak, ini semua salahku. Aku yang nakal. Aku yang jahat, jerit Sham dalam hati. "Saya...saya jatuh tangga Cikgu..!Sebab tu saya lambat", bohong Sham. "Jatuh tangga? Mustahil, takkan jatuh tangga boleh luka memanjang macam ni?", rasa kesian pada anak muridnya timbul serta-merta. "Betul Cikgu, saya ....saya jatuh tangga.....", Sham tergagap. “Tak apalah mari ikut saya. Murid-murid buat kerja yang saya bagi tadi. Aina kamu tolong jaga kelas. Sebentar lagi kelas Cikgu Hashim akan bermula. Saya nak bersihkan luka Sham ni?", perintah Cikgu Suria.
Dia lalu membawa Sham ke bilik guru dan membersihkan luka anak muridnya itu. Dalam juga lukanya. Cikgu Suria merenung anak muridnya. Walau pun Sham nakal tetapi dia tidak pernah membantah cakap guru-guru di situ. Walaupun Sham sering tidak membuat kerja sekolah tetapi setiap kali peperiksaan, Sham akan lulus. Malah lebih baik dari setengah murid-muridnya. Apa sebenarnya masalah Sham? Kenapa dia begitu berbeza dari kakak dan abangnya?

"Sham...Cikgu nak tanya sikit boleh?"
"Tanya apa Cikgu?"
"Sham ada masalah ke di rumah?"
"Tak tak ada Cikgu...semua okay.." Cikgu Suria merenung muridnya lagi. Perlahan-lahan dia membelek tangan dan kaki Sham. Ternyata banyak kesan luka dan lebam.

"Sham jangan takut...Cikgu nak tolong Sham. Walaupun Cikgu selalu marah pada Sham, Cikgu sebenarnya sayang pada Sham." Sham memandang wajah bersih Cikgu Suria. Sayang! Sudah lama dia tidak mendengar perkataan itu. Air jernih mula tergenang di anak matanya. Perkataan itu terngiang-ngiang di telinganya.

"Kenapa Sham? Ceritalah, Cikgu sedia mendengar. Cikgu nak tolong Sham, Cikgu nak jadi kawan Sham..", pukuk Cikgu Suria. Cair perasaan Sham bila dipujuk demikian rupa. Kalaulah keluarganya boleh berbuat demikian sepertimana dulu, tentu Sham akan menjadi manusia paling gembira.

"Cikgu janji cikgu tak ceritakan pada orang lainkan.? Cikgu janji cuma kita sahaja yang tahu!", desak Sham. Tidak sanggup dia bayangkan akan hukuman yang akan diterima kalau rahasia ini terbongkar. Cikgu Suria mengganguk dan memberikan senyuman.

"Sebenarnya saya tak jatuh. Mama...mama baling tin minuman pada saya. Tapi itu bukan salah mama. Saya yang jahat, saya yang nakal"
"Apa yang Sham buat?"
"Sham tak habiskan kerja rumah dalam masa 20 minit seperti mama suruh."
"Kerja rumah? Maksud Sham kerja sekolah?"
"Bukan...bukan !Kerja rumahlah. Cuci piring, sapu, mop, cuci bilik air....." Cikgu Suria terpempan. Mana mungkin anak sekecil ini di suruh membuat kerja-kerja sebegitu?
"Selalu Mama suruh Sham buat macam tu?" "Hari-hari. Sebab tulah Sham selalu datang lambat" Cikgu Suria mendengar tekun. Rupanya anak ini sering tidak di beri makan kalau mamanya tidak puas hati dengan kerja yang dibuat. Sebab itulah Sham mencuri makanan kawan-kawannya. Dia terpaksa rupanya. Patutlah pun tubuh Sham lebih kecil dari kawan-kawan yang sebaya dengannya, rupanya dia tidak dapat makan yang sepatutnya. Tapi apa salah anak ini? Mengapa mamanya sanggup mendera anaknya sendiri? Sedangkan abang dan kakak Sham tidak mengalami nasib sepertinya. Itulah yang ingin Cikgu Suria tahu. Sham pula bagai orang mengantuk disurungkan bantal. Habis diceritakan pada Cikgu Suria tentang deritanya selama ini. Kata Sham tempat tidurnya hanyalah sehelai tikar tipis di bilik stor. Sham hanya dibenarkan makan kalau mamanya berpuas hati dengan kerjanya ataupun Sham boleh menghabiskan kerjanya tepat pada jangka waktu yang diberi. Itupun sekadar sisa makanan abang dan kakaknya dan cuma sehari sekali. Kucing belaan mamanya rasanya lebih beruntung dari dirinya. Kelmarin, setelah mamanya diberitahu oleh guru disiplin tentang perangainya yang suka mencuri makanan di sekolah, Sham dipaksa memuntahkan isi perutnya. Bila Sham gagal, ibunya memaksa dia menelan "Klorox". Konon katanya supaya hati dan lidah Sham bersih dari bercakap bohong. Semenjak itu Sham serik. Lebih baik berlapar dari disuruh menelan benda tu. Sakitnya bukan kepalang. Semalaman Sham meringkuk menahan kesihatan diperutnya. Dan malam itu, Sham tidur dengan airmata. Pernah Sham cuba lari dari rumah neraka itu tetapi entah kenapa, belum jauh dia berlari, Sham sudah berpatah balik. Takut! Mungkin itulah sebab utamanya. Dia takut dibelasah lagi kalau tertangkap. Airmata mula tergenang di anak mata Cikgu Suria. Tidak pernah terlintas dihatinya akan penderitaaan Sham.

"Tapi kenapa Sham? Kenapa ibu Sham buat macam tu"
"Sebab kata mama, pasal Shamlah papa cari perempuan lain. Pasal Shamlah papa pergi tinggalkan rumah. Sham nakal, Sham selalu susahkan mama. Abang dan kakak tak macam Sham".

"Mama Sham kata macam tu pada Sham?" Sham hanya mengangguk bila disoal begitu. Kesian, anak ini menjadi mangsa kekalutan fikiran mamanya kerana benci akan perbuatan suaminya. Budak ini harus di selamatkan, fikir Cikgu Suria.

"Sham tunggu di sini ya! Ni makan coklat ni, nanti cikgu datang balik ok,".

Sham tidak menjawab. Dia lebih tertarik kepada sebungkus coklat yang dihulur Cikgu Suria. Sudah lama dia tidak merasa makanan sesedap itu. Sebentar kemudian Cikgu Suria kembali bersama Cikgu Baharom, gurubesar sekolah itu. Sham cemas. Kenapa Cikgu Suria bawa Cikgu Baharom? Cikgu Suria kan dah janji tak akan beritahu sesiapa pun!

"Sham Cikgu nak tengok luka Sham. Jangan takut, Cikgu pun nak tolong Sham". Sham kaku. Habislah aku kali ini, matilah aku kali ini. Lepas ini pasti satu panggillan telefon akan singgah ketelinga mama. Mama mesti pukul aku setengah mati, jerit Sham dalam hati. Setelah membelek luka Sham dan kesan-kesan luka dan lebam di badan Sham, Cikgu Baharom hanya mengeleng kepala.

"Biar saya yang uruskan......awak temankan dia di sini..", bisik Cikgu Baharom pada Cikgu Suria.

"Cikgu... Cikgu janji tidak beritahu orang lain tadikan. Ini rahsia kita....," ujar Sham dalam tangis. Airmatanya sudah tidak bisa bertahan. Melihat Sham menangis, airmata Cikgu Suria mengalir juga. "Sham....Cikgu nak tolong Sham...Cikgu nak lepaskan Sham dari siksa ini...", pujuk Cikgu Suria. "Tidak...Cikgu tak faham...cikgu tak faham! Nanti kalau mama tahu saya akan di denda...saya tak mahu cikgu...saya tak mahu..Lagi pun saya yang nakal, saya yang jahat. Kalau tak kerana saya papa tak pergi", esakan Sham makin menjadi. Wajahnya yang ceria mengunyah coklat sebentar tadi, bertukar menjadi pucat. Ketakutan jelas terserlah di wajahnya.

"Tidak Sham....Sham tak nakal. Bukan sebab Sham papa pergi. Cikgu janji, Sham tak akan pulang ke rumah itu lagi. Cikgu akan pastikan Sham di bawa jauh dari rumah itu." Badan Sham yang kecil di rangkul Cikgu Suria dengan penuh kasih sayang. Hiba benar hatinya mendengar tangisan Sham. Walau apa pun terjadi, dia akan mempertahankan hak anak ini. Setengah jam kemudian, Cikgu Baharom muncul bersama seorang wanita berbadan gempal.
"Cikgu Suria....ini Cik Maria dari Jabatan Kebajikan.", Perlahan Cikgu Suria melepaskan pelukannya. Wajah Sham di renung penuh simpati. Airmata Sham, dikeringkan dengan tangannya sendiri. "Sham...ini Cik Maria. Dia akan jaga Sham. Dia akan pastikan Sham selamat. Sham jangan takut ya?"

"Tak mahu, Sham tak mahu. Sham takut!"

"Sham jangan takut. Cikgu sendiri yang akan pastikan Sham selamat..", Cikgu Suria mengusap rambut Sham yang memang sudah sedia kusut. Menyesal dia kerana tidak dari dulu membantu muridnya ini.

"Ini....Sham bawalah bersama.", Cikgu Suria menghulurkan bungkusan coklat tadi.

"Nanti Cikgu datang tengok Sham OK? Cikgu janji Cikgu akan tolong Sham",pujuknya. Inilah jalan yang terbaik buat Sham, fikir Cikgu Suria. Tangan halus Sham ipimpinnya hingga ke sebuah van yang sudah menunggu. Cikgu Suria kaku isitu sehinggalah van itu sudah tidak kelihatan lagi. Cikgu Suria menyeka irmatanya. Dia baru teringat akan sesuatu yang harus dia lakukan. Bingkas dia menuju ke mejanya, mencapai daftar nama murid dan mendial nombor rumah Sham.

"Hello....", terdengar suara wanita yang agak garau di hujung telefon.

"Ini, Puan Rohana ke, ibu Sham?", tanya Cikgu Suria.

"Ya...siapa ni?"

"Tak perlu puan tanya. Saya telefon ini untuk memberitahu Puan yang Sham tidak akan pulang ke rumah puan buat selamanya....!", pantas tangan Cikgu Suria meletakkan ganggang telefon. Puas hatinya.


Rohana mendengus. Siapa pulak yang berani menemplaknya sebentar tadi? Tak sayang mulut betul! Kalaulah orang itu berada di depan matanya memang digayangnya cukup-cukup. Sham...budak celaka tu lagi. Tak habis-habis dia buat hal. Memang nak kena budak tu. Nantilah kalau dia balik nanti, siap dia aku kerjakan, fikir Rohana. Tapi kalau benar kata si pemanggil yang Sham tak balik, macam mana? Tak ada orang pulak yang boleh di suruh buat itu ini...Ah persetan dengan budak tu. Memang pun dia benci memandang wajah Sham yang hampir seratus peratus menyerupai wajah suaminya. Rohana termenung. Kenapa Sham yang jadi mangsanya selama ini, bukan Syukur anak sulungnya atau Shimah anak perempuannya? Seingatnya ini semua bermula 4 tahun lalu ketika Sham berumur 5 tahun. Masih jelas diingatannya malam penuh trajedi itu. Malam itu, Johari, lelaki yang menjadi sanjungan hatinya meminta izin untuk bernikah satu lagi. Bayangkanlah betapa kecewanya dia bila diberitahu yang hubungan Johari dan Misliah, perempuan jalang yang ingin dia dinikahi itu sudah berjalan hampir enam tahun malah semenjak Sham masih dalam kandungannya lagi. Perempuan itu sedang hamilkan anak Johari, sebab itulah Johari perlu menikahinya. Hanya Tuhan yang tahu perasaannya ketika itu. Sungguh tidak terduga, pergorbanannya selama ini sia-sia belaka. Rohana sanggup meninggalkan keluarganya yang kaya-raya kerana cintakan Johari. Dia sanggup melukakan hati orang-tuanya kerana Johari. Tapi inikah balasan Johari padanya? Johari menduakannya dalam diam. Ternyata benar cakap orang tuanya, Johari memang jenis yang tidak puas dengan satu perempuan dalam hidupnya.
Malam itu dia mencabar Johari memilih antara dia dan perempuan jalang itu. Itulah salahnya. Ternyata Johari meninggalkannya dan pergi kepangkuan Misliah. Walaupun Rohana tidak pernah diceraikan Johari, namun lelaki itu tidak pernah pulang menjenguk rumahnya lagi. Dia lebih senang dengan Misliah, isteri keduanya yang dinikahi di negara jiran. Pun begitu, akaun bank Rohana tidak pernah putus dengan wang. Johari akan pastikan Rohana punya cukup wang untuk menyara ketiga-tiga anaknya dengan selesa. Itu semua belum cukup untuk Rohana. Tekanan mental yang dihadapi ternyata semakin menjadi. Kepada siapa dia mengadu? Mahu pulang kepangkuan orang tuanya, malu rasanya. Selalunya Shamlah tempat dia melepas geram kerana padanya segalanya berpunca dari Sham. Hubungan Johari terjalin dengan Misliah setelah dia mengandungkan Sham. Dan ternyata semakin Sham membesar semakin pula wajah dan perangainya menyerupai Johari. Cara Sham duduk, cara Sham jalan, cara Sham makan, cara Sham tidur... semuanya mengingatkan Rohana pada Johari. Pada Rohana, Sham ialah bayangan suaminya yang sering menganggu fikiran dan emosinya. Ya, mungkin itulah sebab utamanya kenapa Sham yang menjadi mangsa emosinya dan bukan Syukur atau Shima.
Rohana mundar-mandar diruang tamu. Sebentar dia menjeling jam besar di dinding. Sudah pukul lima petang. Bayang Sham masih belum kelihatan. Selalunya paling lewat pun pukul satu setengah Sham sudah menjongol di depan pintu.

"Syukur....Shima", jerit Rohana. Bingkas anak kesayangannya yang berdua itu keluar dari bilik masing-masing menghadapnya.

"Kau tak nampak budak busuk tu ke?", Rohana bertanya. Syukur dan Shimah berpandangan. Bimbang untuk menceritakan perkara yang sebenar. Tadi mereka berdua dipanggil ke bilik Cikgu Baharom dan disoal oleh seorang wanita yang berbadan gempal beserta seorang anggota polis. Terpaksa juga mereka bercerita yang sebenar. Selama ini bila ditanya guru-guru tentang Sham, mereka cuba mengelak dan memberi berbagai alasan. Bukan mereka tidak kesian pada Sham, tetapi murid darjah enam dan lima ini takut dimarahi oleh mama mereka. Walaupun Rohana belum melibatkan mereka dalam "permainan"nya dengan Sham, mereka bimbang apa yang Sham alami akan terpaksa mereka lalui juga. Mereka sudah masak dengan perangai mama mereka.

"Hei aku tanya....kau nampak budak tu tak?", herdik Rohana.

"Tadi....Sham...Syukur nampak...Sham....", tergagap-gagap Syukur cuba menghabiskan kata-katanya.

"Apa hal ni? Apa kena dengan kau Syukur...cuba cakap betul-betul!", tengkik Rohana lagi. Syukur memandang Shimah.

"Sham kena bawak dalam van jabatan kebajikan....", tergopoh Syukur menghabiskan ayat itu.

"Apa? Kenapa kau orang tak cakap dengan mama?", pantas tangan Rohana mencapai telinga Syukur. Dipiatnya telinga syukur.

"Kau pun sama..kenapa tak beritahu mama!", marahnya pada Shimah pulak. Tangannya singgah ke pipi Shimah.

"Kamu berdua memang nak susahkan mamakan!"

Rohana naik radang. Di tampar keras badan Syukur dan Shimah bergantian. Syukur dan Shimah hanya mampu bungkam di tempat mereka berdiri. Air mata mula membasahi pipi mereka. Menjawab bermakna mencari nahas. Lebih baik berdiam dan membiarkankan Rohana melepaskan geramnya. Mereka sudah banyak belajar dari penderitaan Sham. Mereka tahu taktik Sham mendiamkan diri selalu berjaya meredakan kemarahan Rohana. Tanpa Sham di rumah, apakah mereka pula yang jadi mangsanya? Dalam kekalutan dan keriuhan mulut Rohana, tiba-tiba terdengar ketukan pintu yang amat kuat. Rohana terpegun. Syukur dan Shimah masih kaku di tempat mereka berdiri. Mereka hanya boleh menangis menahan kesakitan. Ketukan pintu bertambah lantang.

"Polis...tolong buka pintu...", kedengaran suara dari luar. Rohana terduduk. Apa dah jadi?, bisiknya sendiri. Melihat mamanya diam terduduk, Syukur berlari membuka pintu. Sungguh dia tidak mahu tersiksa seperti Sham. Dua orang pegawai polis, seorang lelaki dan seorang wanita melangkah masuk ke ruang tamu.

"Awak Puan Rohana Sulaiman?", tanya pegawai polis lelaki itu. Rohana hanya mampu mengangguk.

"Puan, kami ada waran untuk menangkap puan kerana disyaki mendera anak puan, Shamsuri Johari. Tolong ikut kami ke balai..!" Rohana kejung, meraut wajahnya berkali-kali. Bagai tidak percaya ini semua akan berlaku kepadanya. Tidak! Ini semua salah faham. Dia sayang semua anak-anaknya termasuk Sham. Dia yang melahirkan mereka. Mana mungkin dia tidak sayangkan mereka? Dalam kebingungan, Rohana hanya menuruti pengawai polis wanita itu yang ke kereta polis. Dan dari dalam kereta itu, dia hanya mampu melihat Syukur dan Shimah diiring masuk ke sebuah van jabatan kebajikan. Air jernih mula mengalir di pipinya. Inikah kesudahannya?

Sham hanya menunduk bila Rohana dibawa ke kandang orang bersalah. Demi Tuhan, rasa takut terhadap Rohana masih menebal di hatinya. Dia pasti ketika ini Rohana memandang tajam terhadapnya dengan senyuman penuh sinis. Dan dia pasti akan kalah dengan tenungan begitu. Sham terasa tangannya diramas perlahan oleh Puan Maria, pengawai sosial yang bertangung-jawab ke atas kesnya. Dia menoleh dan membalas senyuman Puan Maria dengan senyuman yang dibuat-buat. Di saat itu, berdepan dengan Rohana, tidak mungkin dia dapat tersenyum dengan sempurna. "Masa keputusan dah tiba..", bisik Puan Maria. Mata Sham beralih kepada tuan hakim yang sibuk membelek kertas-kertas di hadapannya. Lelaki tua itu mengerut-ngerutkan dahinya.

"Baiklah....setelah saya timbangkan semua hujah-hujah dan mengamati bukti-bukti yang ada...mahkamah mengambil keputusan....", tuan hakim berhenti sebentar membetulkan tempat duduknya. Sham hanya mampu menelan air ludah. Gengaman tangan Puan Maria semakin kuat.

"Shamsuri Johari...awak akan dikembalikan kepada penjagaan ibu awak, Rohana Sulaiman...", bergema suara tuan hakim mememecah kesunyian. Sham memandang tuan hakim, memandang Puan Maria yang sudah mula menangis. Mata Sham beralih kepada Rohana. Wanita itu merenung tepat ke arahnya dan ketawa berdekah-dekah.

"Kau kalah Sham, kau kalah budak busuk....!", kedengaran suara Rohana mengejeknya.

"TIDAK!!!!!!!!!!!!!!", pekik Sham. Peluh membasahi dahi dan badan Sham. Dia merenung sekeliling. Bukan, dia bukan berada di bilik mahkamah saat ini. Dia sedang duduk di atas sofa di Doctor's Lounge di tempat dia bertugas.

"Astaghfirullah al azim...", Sham beristighfar. Dia tertidur rupanya. Sham mengeluh. Mimpi sebegini sudah tidak asing pada Sham. Walaupun dia tidak pernah bertemu Rohana lagi selepas mahkamah memutuskan untuk menjatuh hukuman penjara tiga tahun ke atas Rohana, namun ketakutan yang terpahat di hati dan jiwa nurani sering juga terbawa ke alam mimpi. Begitulah kuatnya pengaruh Rohana terhadap dirinya. Sham termenung. Fikirannya melayang ke Rumah Bakti Darul Istiqamah. Di situlah anak-anak yang terbuang dan senasib dengannya di besarkan. Kalau abang dan kakaknya memilih untuk tinggal bersama papa mereka, Sham lebih rela di tempatkan di Darul Istiqamah. Sham tidak fikir dia boleh tinggal dengan papanya yang telah meninggalkannya untuk disiksa oleh mamanya. Bukannya Sham pendendam, tetapi hatinya yang terluka teruk tidak mungkin dapat terubat jikalau melihat papanya di depan mata saban hari.
Di Darul Istiqamah, Sham belajar segala-galanya. Dia mula mengutip harga dirinya yang telah lama dirobek oleh Rohana. Cikgu Suria, wanita itulah yang memberinya semangat untuk dia meneruskan hidup. Dia tidak jemu-jemu melawat Sham di Darul Istiqamah, walaupun dalam keadaan sarat mengandungkan anaknya yang pertama. Beruntunglah anak-anaknya mendapat seorang ibu yang penyayang. Sedangkan Sham yang bukan darah dagingnya begitu bersungguh-sungguh dia memberi dorongan, apatah lagi zuriatnya sendiri, fikir Sham. Tetapi sayang, sedang Sham menjangkau umur tiga belas tahun dan baru mahu menjenguk ke alam remaja, Cikgu Suria terpaksa ke Jepun mengikuti suaminya yang di tugaskan di sana. Hancur hati Sham saat itu. Kepada siapalah Sham mengendeng kasih? Kepada siapakah Sham dapat mangadu suka-dukanya? Hatinya yang merajuk mulanya terpujuk juga dengan kedatangan warkah-warkah indah dari Cikgu Suria. Namun lama kelamaan surat-surat itu berkurangan. Walau berpucuk surat Sham kirim, hanya sesekali sahaja suratnya berbalas. Terasa kehilangan benar Sham saat itu. Kekosongan yang dia rasa bercampur dengan rasa marah dan takut. Bingung! Itu perkataan lebih tepat untuk mentafsirkan jiwa Sham ketika itu. Perlahan Sham mula mencari keseronokkan untuk mengisi kekosongan hatinya. Dia belajar merokok. Dia belajar ponteng sekolah. Pendek kata, Sham sanggup lakukan apa sahaja untuk diterima oleh kawan-kawan sekolahnya. Pernah satu ketika Sham ikut serta membocorkan tayar kereta guru disiplinnya setelah dicabar oleh Manaf, samseng sekolah yang memang terkenal nakalnya. Bangga tidak terkira Sham disaat Manaf memujinya di depan dua-tiga orang kroni Manaf. Berkawan dengan Manaf bermakna tiada siapa pun yang boleh mengertaknya walaupun pengawas sekolah sekalipun. Mungkin itulah yang sebenarnya dia cari - perlindungan, walau dalam bentuk apa dan bagaimana!
Melihat perubahan dalam diri Sham, Puan Maria mengesyorkan agar Sham berjumpa dengan Dr Shahril, pakar sakit jiwa yang datang ke Darul Istiqamah dua kali sebulan. Pertemuan pertamanya dengan Dr Shahril lebih banyak diamnya dari bercakap. Bukan doktor ini yang dia perlukan. Dia perlukan belaian kasih-sayang, dia perlukan kepercayaan, dia perlukan Cikgu Surianya. Bukan doktor ini, bukan, bukan. Menyebut nama Sham sahaja susah, macam mana nak menyakinkan Sham, hendak menolong Sham. Pertemuan kedua Sham dengan Dr Shahril lebih tragis. Dia bosan dengan lelaki yang asyik memanggilnya Sam dengan slanga mat salehnya dan bukan Sham seperti mana sepatutnya. Soalan Dr Shahril juga menyakitkan hati - soalan-soalan yang terjerus kepada kebencian Sham terhadap Rohana, sedangkan Sham sama-sekali tidak membenci Rohana. Hanya takut...itu sahaja. Tidak tahukah doktor bodoh itu membezakan perkataan benci dan takut. Bila Sham membantah dengan suara yang keras, Dr Shahril mencatitkan yang berikut dalam "case sheet"nya , Inclination towards aggressiveness Anger Management - very low
Sham bukan bodoh. Mata pelajaran Bahasa Inggeris adalah subjek "forte"nya. Dia tahu apa makna yang tercatat di sekeping kertas itu. Dia sama sekali bukan agresif. Terus sahaja Sham mengangkat kaki mahu berlalu dari situ. Pantas pula tangannya disambar Dr Shahril. Detik itulah berlaku kejadian tolak menolak antara Sham dan Dr Shahril sehingga doktor itu jatuh terperuk di tepi meja.

"Saya tak mahu jumpa awak lagi!", pekik Sham.

"Dan untuk sekelian kalinya, nama saya Sham bukan Sam!", sambung Sham sebelum meninggalkan Dr Shahril yang terpinga.

Semalaman Sham tidak tidur selepas itu. Dia menangis semahu hatinya. Dunianya sudah gelap. Selepas insiden itu tentu tiada siapa yang akan percayakan dia lagi. Sham pasti! Keimanannya terhadap Tuhan yang sememangnya tipis semakin menipis. Mengapa dia yang harus melalui ini semua? Apa salahnya? Itulah yang menjadi pertanyaannya saban hari. Sham tahu dia berdosa kerana mempersoalkan qada dan qadar Tuhan. Tetapi ketika itu, hatinya sudah hancur lebur. Disaat dia sudah hampir benar dengan kecundangan, Cikgu Suria kembali semula menyinari hidupnya. Rupanya Cikgu Suria bukan sengaja melupakannya. Sebaik sahaja disahkan hamil dengan anak keduanya, Cikgu Suria didapati mengidap penyakit pangkal rahim. Anak dalam kandungannya terpaksa digugurkan demi menyelamatkan nyawanya sendiri. Cikgu Suria terpaksa dibedah dan menjalani perawatan "chemo-therapy" yang menyakitkan. Cikgu Suria berjuang nyawa rupanya. Kini Cikgu Suria sudah sembuh dari penyakitnya dan pulang mencari Sham. Sungguh Cikgu Suria terkejut bila di beritahu yang Sham sudah jauh berubah. Pertemuannya dengan Sham diiringi tangisan yang memilukan. Walaupun sudah menjangkau umur lima belas tahun ketika itu, Sham tidak segan di peluk Cikgu Suria. Kekosongan jiwanya hampir tiga tahun itu, terubat juga. Terasa benar kehangatan kasih-sayang Cikgu Suria dalam pelukan itu.
Perlahan dengan galakan Cikgu Suria, Sham mencantumkan semangatnya yang kian pudar. Apatah lagi Sham dibenarkan tinggal bersama Cikgu Suria. Sham merasa amat bersyukur kerana kehadirannya diterima oleh suami dan anak Cikgu Suria. Susah-payah Cikgu Suria menemukan dia dengan Dr Fatris, seorang doktor pakar sakit jiwa kanak-kanak, banyak menolong Sham kembali ke bumi nyata. Tidak seperti Dr Shahril, Dr Fatris pandai menyelami hatinya dan tidak "tangkap-muat" seperti Dr Shahril. Mungkin kerana Dr Shahril hanya seorang sukarelawan yang tidak dibayar kehadirannya, dia hanya menjalankan kerjanya ala kadar. Ataupun mungkin Dr Shahril fikir anak-anak bermasalah seperti Sham tidak perlu diambil peduli. Entahlah. Yang nyata Dr Fatris menarik hati Sham untuk menjadi seorang pakar sakit jiwa sepertinya. Sham mahu jadikan Dr Fatris sebagai idolanya. Sham mahu menolong lebih ramai anak-anak sepertinya. Sebab itulah sekarang dia di sini, ditugaskan di Hospital Damai, hospital untuk pesakit-pesakit mental. Walaupun baru tiga minggu dia di sini, dia bersyukur kerana cita-citanya untuk menolong anak-anak sepertinya kian menyerlah. Apatah lagi dia di tempatkan di wad kanak-kanak dan remaja.
"Pang!" Bunyi yang kuat itu mengejutkan Sham dari khayalannya. Dia menoleh. Disebelahnya kelihatan Dr Jasmine duduk menongkat dahinya. Rupanya dia yang menghempaskan file di atas meja di depan Sham. Doktor Cina itu mengaruk kepala yang tidak gatal. Dia sudah setahun ditempatkan di sini.

"Apahal dengan you Jasmine? Takkan tension kot?" Doktor muda itu memandang Sham dan tersenyum.

"I give up dengan kes ni...", Jasmine meluruskan telunjuk kearah fail di depannya.

"Apahalnya? Cuba cerita sikit. Mana tahu I boleh tolong..", desak Sham.

"Nilah pasal perempuan ni. Dah selalu sangat keluar masuk dekat hospital ini. Selalunya kalau dia masuk ke sini, petah mulut bercerita. Ini kali, dah tiga hari I cuba cakap dengan dia, satu patah pun dia tak jawab! Sekarang ni tak mahu makan, badan dia pulak dah semakin lemah", ngomel Jasmine.

"Dah lama ke penyakitnya ni?"

"Dah dekat 15 tahun Sham. Asalnya dia ni dulu di penjara. Entah apa jadi dekat penjara tu dia ni semakin lama semakin suka cakap sendiri. Menyanyilah, menangislah. Tu yang dia orang hantar sini. Tiga tahun dia di sini. Bila dia dah ok sikit, dia di hantar ke rumah kebajikan sebab dalam failnya tercatit tiada waris. Tapi itulah, empat lima bulan sekali, mesti jumpa dia kat sini. Orang-orang kat rumah kebajikan kadang-kadang tak tahan dengan kerenahnya. Kalau dah datang angin dia, habis di pukul semua orang di depannya.", cerita Jasmine tanpa disuruh.

"Masuk penjara?" Kenapa?", tanya Sham.

"Classic case....dera anak!", jawab Jasmine pendek, hampir berbisik. Sham mengerutkan dahi.

"Habis anak dia tak cari dia ke?"

"Pihak hospital dah cuba hubungi anak-anaknya dan suaminya. Mereka tak mahu terima dia balik. Lepas tu mereka pindah, tak mahu pergi mana. Tak silap, ada satu lagi anaknya yang dipelihara orang. Tapi kami dah malas nak cari. Sedangkan anak yang tak di pelihara orang tidak mahu terima dia balik, inikan anak yang dia tak pelihara." Berdegup jantung Sham.

"Boleh I tengok fail ni?", pinta Sham.

Jasmine hanya mengangguk. "Be my guest..", katanya.

Perlahan Sham membuka fail di depannya. Sham menelan air ludah sebaik sahaja melihat nama pesakit yang tertera diatas. "Rohana Sulaiman...", bisiknya sendiri. Mengeletar tangan Sham menyelak satu-persatu catatan di dalam fail itu. Hampir tidak percaya Sham setelah sekian lama, nama itu masih mengungat keberaniannya. "Tidak...aku tidak boleh membiarkan dia menhantui hidupku buat selamanya",
jerit Sham dalam hati.

"Jasmine, boleh you bawa I jumpa dia?"

"Nantilah...besok bila I go on my rounds, you can tag along..."

"No Jasmine. I would like to see her as in NOW, please", pinta Sham separuh merayu. Jasmine membesarkan mata memandang Sham. Wajah kacak Sham direnungnya. Bersungguh benarkah Sham mahu menolongnya? Doktor muda yang menjadi perbualan jururawat-jururawat di sini kerana kekacakannya, ternyata berperangai pelik. Sudah dua tiga kali dia perhatikan Sham yang suka termenung dan berkhayal ini.

"OKlah!", akhirnya itu yang keluar dari mulut Jasmine. Dia malas mahu bertanya lebih lanjut.

Jasmine menunjukkan katil di mana Rohana ditempatkan. Rohana kelihatan sedang nyenyak tidur. Sham melangkah perlahan menuju ke arah itu. Degupan jantungnya semakin kencang. Tidak, dia tidak akan benarkan Rohana menguasai emosinya lagi. Sudah cukup dia dihantui cerita lama. Perempuan tua dengan rambut yang tidak terurus di depannya ini dipandang dari hujung rambut ke hujung kaki. Bajunya berbutang senget dan berpecak dengan tumparan cecair bewarna coklat. Bau hapak menangkap hidung Sham. Memang benar sebagaimana catatan dalam fail yang dibaca tadi, Rohana sudah 3 hari tidak mandi. Dia tidak mahu disentuh langsung. Makanan pun tidak terjamah. Ubat pun tidak mahu ditelan walaupun dipaksa. Akhirnya Rohana di biarkan sendiri. Perempuan inikah yang harus aku takuti? Tanya Sham dalam hati. Tidak sama sekali. Tuhan maha adil. Sebagaimana dia tersiksa, begitulah yang dirasa Rohana sekarang ini. Tapi walau apapun Rohana tetap ibu yang melahirkannya. Tergamakkah dia membiarkan Rohana begini?

"Puan....", perlahan Sham mengerakkan Rohana. Jasmine hanya duduk memerhati dari jauh. Rohana membuka mata. Demi melihat wajah Sham, Rohana cuba bangkit tetapi ternyata badan yang tidak menjamah makanan selama tiga hari itu, lemah tidak bertenaga.

"Johari...kau datang nak bunuh aku kan...", bebel Rohana perlahan tetapi tegas. Wajah Sham yang mirip Johari ketika waktu mudanya, mengundang emosi Rohana. Sham hanya mengelengkan kepala.

"Aku tahu aku dah lemah, sebab itu kau datang nak bunuh kan Jo...",bebel Rohana lagi.

"Saya bukan Johari.......", bisik Sham.

"Kau jangan bohong...aku tahu kau datang nak bunuh aku sebab aku siksa Sham....Dia anak kesayangan kau kan. Aku tahu aku salah, aku siksa Sham....dan kau kemari sebab nak balas dendamkan!", Rohana mula meraung. Jasmine yang jadi permerhati bingkas bangun mendekati Sham. Bimbang dia kalau Sham diapa-apakan. Sham menunjuk isyarat tangan agar Jasmine tidak masuk campur dahulu. Dia mahu tahu apa sebenarnya pergolakan dalam jiwa Rohana.

"Aku sayang Sham....aku sayang Sham. Aku cuma mahu siksa dia agar kau balik bila lihat Sham kena siksa. Tapi kau tak balik juga. Kenapa kau tak balik?", tangisan Rohana semakin menjadi. Hampir Sham menitis airmata mendengar perkataan sayang dari perempuan yang bergelar mamanya ini.

"Mana Sham? Aku nak minta maaf dengan dia...mana Sham? Perasaan kesian meruntun di hati Sham. Rohana diamuk rasa berdosa terhadap Sham selama ini. Haruskah Sham terus mendiamkan?

"Mama....ini Sham mama. Ini Sham bukan Johari...", ujar Sham perlahan. Tangan Rohana di ciumnya. Jasmine yang berada disebelahnya membeliakkan mata. Sungguh dia tidak menduga yang Sham adalah anak ketiga Rohana yang menjadi misteri selama ini. Rohana melihat Sham mencium tangannya.

"Kau Sham...kau Sham...?", tanya Rohana bagai tidak percaya. Tangan Sham dijadikan pautan dan dia duduk menghadap Sham.

"Betul ke kau Sham?", tanya Rohana lagi. Rohana mengusap wajah Sham.

"Ya mama, saya Sham, anak mama..."

"Sham....!", jerit Rohana dan memeluk tubuh Sham."Sham maafkan mama Sham...", tangisan Rohana memenuhi wad yang sunyi sepi. Air jernih yang Sham tahan-tahan tadi, gugur juga di pipinya. Jasmine juga menitiskan airmata melihat drama di depannya. Rohana masih meraung memanggil nama Sham. Sungguh tidak terduga, setelah sekian lama dia cuba merisik kabar, akhirnya Sham di temui juga. Begegar badan Sham dengan tangisan Rohana. Rasanya perasaan takut kepada wanita ini sudah hilang serta-merta. Yang tinggal cuba perasaan kasihan yang amat sangat. Gegaran badan Rohana semakin menghilang. Suara tangisannya pun sudah reda. Kenapa pula? Perlahan Sham meleraikan pelukan mereka. Mata Rohana sudah
tertutup rapat. Badannya lemah tidak bermaya. Rohana pengsankah?

"Mama...mama..", perlahan Sham mengerakkan tubuh Rohana. Tiada respon.

"Mama..mama?", panggil Sham sekali lagi. Jasmine mendekati meletakkan jari ke leher Rohana. Kemudian tangannya beralih ke pergelangan tangan Rohana.Perlahan dia menoleh pada Sham.

"Sham...dia dah tak ada...", tersekat-sekat suara yang keluar dari mulut Jasmine. Sham melepaskan tubuh Rohana perlahan. Wajah pucat yang tidak bernyawa direnungnya penuh syahdu. Pergi sudah mamanya bersama ketakutan yang tersemat di hati sanubarinya selama ini. Kiranya inilah suratan Tuhan, dia akan menerima dengan tenang. Tuhan maha adil. Tuhan maha mengetahui. Patutlah kata Jasmine Rohana tidak sebecuk selalu, rupanya dia sudah merasakan kematian yang semakin menghampir. Moga-moga roh mamanya di tempatkan bersama orang-orang yang Dia redhai, itu sahaja doanya.


SEKIAN.....p/s aku tak tahu siapa pengarang cerpen ni. Terharu jugak bile baca cerpen ni...

Dari Mata Pena 5

Seketika terpanggil malam
Tika di hujan embun
Basah dan menitis
Di pasir bumi

Seketika terbisu angin
Terpaku bila dewasa
Pelukannya di kali
Di tinggal seri

Menangislah hari ini
Bila laut dan badai
Tenggelam dalam hujan
Dari langit tunggal

Baringan maya nanti seri
Dan berpaling lagi
Paksi kegelapan
Di tengah kesulitan

Dari Mata Pena 4

Pinjamkan aku
Seri dalam tarimu
Mungkin aku
Mungkin bisa cari
Kata yang benar

Pinjamkan aku
Warna dalam langkahmu
Mungkin aku
Mungkin bisa cuba
Memadam resah

Pinjamkan aku
Cermin mimpimu
Mungkin aku
Mungkin bisa jejak
Langit malam

Maafkan Abah

Hmm..cerita yang aku paparkan ni satu cerita lama. Aku pun tak tau siapa gerangan pengarangnya. Saja aku copy bulat-bulat dan post dalam blog aku ni untuk tatapan..Happy reading!

Perkenalan selama dua tahun dan setelah mengenal hati budi masing-masing akhirnya Zaleha dan Rahman bersetuju memeterai janji untuk hidup bersama dan membina mahligai impian, dengan harapan ikatan perkahwinan itu akan memberikan sinar dalam kehidupan mereka. Walaupun Rahman hanya bekerja sebagai pemandu bas kilang sahaja namun bagi Zaleha itu bukan halangan untuk menerima Rahman sebagai teman hidupnya, dia rela dan sanggup berkorban demi cinta sejati. Setahun usia perkahwinan mereka semuanya dianggap bahagia dan dengan penuh harapan menanti akan dikurniakan cahaya mata pertama supaya dapat mengukuhkan lagi kasih sayang mereka berdua. Namun harapan tinggal harapan cahaya mata yang ditunggu-tunggu masih tidak menampakkan kemunculannya, perkahwinan yang dibina atas dasar kasih sayang mula bergoncang setelah 3 tahun hidup bersama semuanya berpunca dari ketiadaan anak. Rahman mula menuduh isterinya mandul tidak boleh memberikannya seorang anak dan mula bermain 'kayu tiga', saban hari kehidupan rumahtangga mereka dipenuhi dengan pergaduhan semuanya ingin menunjukkan ego masing-masing hingga pada satu tahap rumahtangga mereka seperti tidak boleh diselamatkan lagi. Namun Allah Maha Kaya ketika mereka hampir bercerai-berai cahaya mata yang menjadi punca segalanya akhirnya mula menampakkan tanda, kehidupan rumahtangga mereka yang semakin kelam mula menunjukkan sinarnya.Rahman seperti tidak percaya bila dia mengetahui Zaleha telah mengandung 2 bulan, seperti 'bulan jatuh ke riba' bila dia mendengar khabar dari isterinya, hilang semua perasaan benci terhadap isterinya selama mereka 'berkonfrentasi'.
Setelah menanti penuh debar selama 9 bulan 10 hari akhirnya cahaya mata yang dinanti selamat dilahirkan, alangkah gembiranya dia bila diberitahu oleh nurse yang dia mendapat anak perempuan, kini dia puas. Cita-citanya untuk menjadi seorang ayah termakbul jua akhirnya, anak yang comel itu dinamakan Nurul Ain. Dia berjanji dalam dirinya untuk menjadi seorang ayah yang penyayang dan bertanggungjawab dan ingin membuang segala tabiat buruknya selama ini dan membina semula keluarganya yang hampir runtuh dahulu. Anak yang lahir ini ditatang bagaikan minyak yang penuh, segala keperluannya disediakan dan sejak kelahiran Nurul Ain dia sudah banyak berubah, sudah tidak pulang lewat lagi, tidak suka berfoya-foya di luar dan paling mengembirakan Zaleha suaminya sudah mula mengingati SuruhanNya yang selama ini sudah lama ditinggalkan.Namun 'harapkan panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari. Itulah nasib yang menimpa keluarga kecil ini, Tuhan seperti hendak menduga keutuhan iman seseorang itu dengan menurunkan dugaanNya. 15 hari sebelum genap umur Ain setahun, anak kecil ini telah di serang demam panas yang teruk, kesan dari ini otak Ain telah mengalami kerosakkan dan Doktor mengesahkan kemungkinan besar Ain akan mengalami terencat akal seumur hidup......
Berita ini bagai panahan petir bagi Rahman, seperti baru semalam dia menyambut kelahiran cahaya matanya yang comel kini semuanya seperti sudah berakhir baginya.Rahman bagaikan tidak dapat menerima hakikat keadaan anaknya itu dan sering menyalahkan dirinya sendiri ekoran apa yang terjadi pada anaknya.Sering juga dia mengatakan pada kawannya mengapa mesti anaknya menerima nasib begitu. Kenapa tidak anak orang lain, dia seperti tidak dapat menerima ketentuan dari Yang Maha Esa. Dalam situasi begini anak-anak istimewa seperti Ain sepatutnya memerlukan perhatian yang lebih dari Ibu bapanya. Namun tidak bagi Rahman, jika dulu anak itulah yang sering ditimang dan dicium, dibawa kemana-mana dia pergi dan dengan bangga memperkenalkannya kepada kawan-kawannya, namun kini dia seperti malu mahu menerima Ain sebagai anak kandungnya sendiri. Tiada lagi kucupan mesra, senda gurau dan belaian mesra dari seorang bapa pada anaknya, Rahman seperti menjauhkan diri dari anaknya. Baginya tiada faedahnya melayan anak yang sudah terencat akal. Hanya membuang masa saja.Kekusutan fikirannya menyebabkan Rahman kembali pada hobi lamanya berfoya-foya di kelab dangdut hingga ke subuh, Tinggallah Zaleha seorang diri melayan karenah anak 'istimewa'nya itu dan demi memberi tumpuan sepenuh hati pada anaknya. Zaleha sanggup melepaskan jawatannya sebagai guru sekolah semuanya dilakukan untuk anaknya itu.
Sepuluh tahun sudah berlalu, Ain membesar seperti anak-anak normal yang lain, Zaleha bersyukur kepada Allah walaupun anaknya berkeadaan begitu anggota tubuhnya seperti anak-anak yang lain tiada cacat celanya, Ain boleh berjalan, berlari dan bermain cuma fikirannya saja seperti bayi dan hanya boleh bercakap sepatah dua perkataan. Pengalaman Zaleha sebagai guru digunakan sepenuhnya untuk mengajar anak perkataa-perkataan ringkas, walaupun kadang kala dia begitu kecewa dengan sikap suaminya Rahman yang seperti lepas tangan dan tidak pernah mengambil tahu mengenai hal anaknya itu, jauh sekali mahu memandikan dan memberikan makan untuk Ain. Semuanya dilakukan sendiri oleh Zaleha . Sikap kurang ajar dan panas baran Rahman terhadap Ain anak kandungnya semakin ketara. Saban hari ada saja benda yang menimbulkan kemarahannya terhadap Ain. Jika dia sudah marah maka hingaplah tangan dan kakinya di badan anak kecil ini. Jika tidak kerana Zaleha mungkin lebih teruk Ain di'kerja'kan bapanya sendiri. Memanglah sikap anak istimewa seperti Ain kadang kala menimbulkan masalah seperti kencing dan berak di merata tempat dan adakalanya merosakkan barang perhiasan, namun budak seperti itu apa yang dia tahu......
Puas sudah Zaleha menasihati suaminya supaya mengubah sikapnya dan jangan sampai menyesal di kemudian hari. Namun maki hamun yang dilemparkan kepadanya, bukan isterinya saja yang cuba mengubah sikapnya, kawan baiknya Sahak juga pernah menasihatinya namun 'penampar jepun' yang hinggap di muka dengan amaran jangan mencampuri urusan rumahtangganya. Zaleha hanya mampu menangis melihat keadaan tubuh Ain yang lembab-lembab setiap kalI Rahman membelasah anaknya. Pernah sekali kerana tidak tahan melihat perangai suaminya mendera Ain dia meluru ke dapur mengambil pisau dan menyerahkanya pada Rahman supaya bunuh saja Ain kalau betul dia bencikan sangat anaknya sendiri. Jangan lagi di sakitinya lagi. Zaleha seperti tidak mampu lagi menanggung derita setiap kali anaknya didera. Jiran sebelah menyebelah hanya mampu melihat saja untuk masuk campur takut parang panjang menunggu di depan pintu dan pernah sekali jiran sebelahnya melihat Ain di lempar keluar oleh Rahman melalui tingkap rumahnya. Namun dia hanya mampu melihat saja untuk menolong jauh sekali takut dengan sikap panas baran Rahman. Ada juga jiran yang mahu melaporkan kepada polis hal ini namnu bila mengenangkan kebaikkan Zaleha pada mereka tidak sampai hati untuk mereka melaporkannya.
Namun Tuhan Maha Kaya dosa yang kita lakukan di dunia adalakanya dibayar cash' didunia juga........
Malam itu hujan turun dengan lebat dan setelah balik dari menghantar pekerja pukul 12 malam Rahman pulang dengan kepenatan. Namun bila sampai saja di muka pintu kakinya terpijak najis di depan pintu, dia tahu kalau tak 'si terencat akal' ini tiada orang lain yang buat. Dengan hati yang panas Rahman meluru ke bilik anaknya dan menariknya keluar dengan paksa dan terus dicampaknya keluar rumah " Tidur kau di luar situ" teriak Rahman sambil mengunci pintu. Zaleha cuba meminta simpati dari suaminya supaya anaknya dibenarkan masuk namun tak diendahkan oleh Rahman....menangislah anak kecil itu di luar rumah sambil mengetuk pintu dengan keadaan hujan yang lebat. Apa yang mampu dilakukan oleh anak kecl ini hanya menangis saja..............Zaleha tidak mampu berkata apa-apa lagi hanya pilu mendengar tangisan anaknya di luar dan tinggallah anak kecil itu keseorangan di luar......
Seperti biasa Rahman akan keluar seawal pukul 6 pagi untuk mengambil pekerja ke kilang dan ketika keluar dari rumah matanya melilau sekeliling untuk melihat dimana anaknya berada namun dia tak menjumpainya, biarkanlah saja tahulah dia masuk ke rumah pagi nanti fikirnya. Ketika bas yang dipandunya mula bergerak dia merasakan seperti tayar belakang bas melanggar sesuatu, dia memberhentikan bas dan turun untuk memeriksanya sambil menyumpah. Baru pagi semalam dia mencuci basnya. Bila dia menyuluh di bawah bas alangkah terperanjatnya dia bila melihat sekujur tubuh kecil berlumuran darah terbaring di celah tayar belakang basnya. Dia seperti sudah dapat mengagak tubuh kecil itu milik anak yang sangat dibencinya lain dan tak bukan...Ain. Tubuhnya mula mengigil perasaan bersalah, takut dan cemas mula menular dalam fikirannya, dia cuba memerhatikan kembali...Ya Allah anakku!!!..dengan pantas dia menarik tubuh kecil itu keluar dari bawah bas...Rahman meraung bila melihat tubuh anaknya berlumuran darah, dia cuba mengerakkan tubuh anaknya dengan harapan anaknya masih bernyawa...namun semuanya sudah terlambat anaknya sudah kembali rahmatullah..Di subuh yang hening itu dapat dilihat oleh alam terlerainya ego seorang ayah, sambil memeluk sekujur tubuh yang selama ini menjadi bahan 'santapanya'. Terpancar kembali dosa-dosa yang pernah dilakukan terhadap anaknya. Timbul perasaan kesal yang amat mendalam dalam sanubarinya..namun semuanya sudah terlambat, tubuh kecil yang tidak bernyawa itu di peluk erat sambil teresak-esak....Suara raungan dan tangisan Rahman memecah kesunyian subuh itu membangkitkan Zaleha dari lena, bila dia melihat saja keadaan suaminya memeluk anaknya di tengah jalan dia sudah tahu apa yang telah terjadi pada anak kesayangannya itu. Bagaikan halilintar menyambar tubuhnya bila dia melihat tubuh anaknya berlumuran darah, lemah terus tubuhnya hanya air mata mengalir deras dari kelopak mata...
Pagi itu gempar seluruh penduduk kawasan itu bila mendengar berita Rahman melanggar anaknya sendiri, jiran-jiran mula mengerumuni di tempat kejadian melihat bagaimana keadaan kekesalan seorang lelaki bernama ayah enggan menyerahkan tubuh anaknya untuk diuruskan pengkebumiannya. Sudah lebih 3 jam jiran-jiran memujuk dan menasihati Rahman supaya dia tabah menghadapi dugaan Allah dan melepaskan dakapannya namun semuanya sia-sia belaka. Rahman seperti tidak mahu berpisah dengan anak yang selama ini menjadikannya lupa tanggungjawabnya sebagai seorang ayah, dibelai dan dicium tubuh kecil yang semakin kebiruan itu. Namun setelah dipujuk oleh ibu dan ayahnya akhirnya Rahman melepaskan dakapan erat terhadap tubuh anaknya. Akhirnya jenazah Nurul Ain sempat dikebumikan petang itu juga dan berakhirlah penderitaan seorang anak istimewa yang tidak mengerti apa yang telah dilakukan oleh ayahnyanya sendiri. Dari perbualan jiran-jiran setelah 'dicampakkan' oleh ayahnya di luar dan mungkin kerana keadaan hujan lebat pada masa itu dan kerana kesejukkan Ain telah berlindung di bawah bas dan mungkin kerana kesejukkan dan kepenatan Ain tidak sedar dari tidur bila Rahman mula mengerakkan basnya pada pagi itu dan terjadilah peritiswa yang menyedihkan.itu,mayat anak kecil itu remuk di bahagian dada dan kakinya kerana digilis tayar bas yang dipandu ayahnya.
Setelah kejadian ini sikap dan perangai Rahman mula berubah dia hanya mengasing diri dan sering termenung sendirian hingga pada satu tahap dia seperti tidak dapat mengawal perasaannya menangis dan bercakap seorang diri sambil memeluk bantal milik arwah anaknya. Sudah puas Zaleha dan bapa dan ibu mertuanya mencari bomoh untuk cuba mengubatinya penyakit suaminya namun masih gagal. Walaupun suaminya berkeadaan begitu, Zaleha masih tetap setia pada suaminya tidak terlintas dalam fikirannya untuk meminta cerai. Sudah dua tahun sejak kematian Nurul Ain namun Rahman masih tidak berubah malah semakin bertambah teruk seperti sudah hilang ingatan malahan makan, mandi dan membuang najis juga perlu diuruskan oleh ibunya sikap dan perangainya tidak ubah seperti arwah anaknya dulu....Kerana mengalami tekanan dan desakkan dari kedua ibu bapa serta mertuanya akhirnya Zaleha merelakan perpisahan dengan suami tercinta dan kini berbahagia bersama suami barunya, sedangkan Rahman akan melalui hari-hari suramnya bersama kenangan yang tidak akan dilupakanya.....


" Akal senipis rambut kuatkanlah dengan ilmu, hati serapuh kaca hiaskanlah dengan iman, iman selembut sutera hiasilah dengan akhlak..."

Just To Share

Haaa..ni la putera ngan puteri aku. Dalam usia perkahwinan yang masuk tahun ke 5 ni, aku dah di kurniakan oleh Allah s.w.t. sepasang cahaya mata sebagai penyeri dalam rumah tangga. Kehadiran mereka membuatkan rumah aku... bising!!..hehehe..

Idea Oh Idea

Hurm...aku dah ketandusan idea..idea!! Serabut kepala aku nihhh..argghh! kat mana la pulak aku nak korek idea-idea yang bernas (bukan beras nasional aaa..) untuk buat posting dalam blog aku yang ntahapapantah ni. Ntah la, dah tua agaknya. Apapun, aku akan terus cuba untuk memenuhkan blog ni..tungguuuuu!

Dari Mata Pena 3

Siapa di sana
Akan menagih simpati
Pada malam
Kuntuman seri

Siapa di sana
Bakal tanggalkan janji
Untuk hati berpaut pasti
Pada rapuh tangkai mewangi

Untuk apa sebuah sakhi
Pada siapa melancur janji
Salang detik lampiaskan hari
Yang pasti malam tak berwarni

Helmet Baru


Haaaaaaaaaaaaaaa...cantik tak helmet? Baru keluar dari kilang ni. Teknologi baru.. ISO 9002 certified lagi. Di luluskan oleh Sirim dan Kementerian Kesihatan Malaysia. Hahahaha..

Dari Mata Pena 2

Perlukah langit
Perlukah cemburu pada bumi
Yang tanahnya bisu
Lagi mentah dan merekah

Mestikah awan
Mestikah datang curahkan nanah
Keruhkan bumi dan tanah
Yang bisu lagi mentah

Apakah bumi
Apakah perlu mengundang tangisan
Bersulam gentar tenunan lautan
Seandai langit pasakkan hukuman

Perlukah tanah
Perlukah terus gelisah
Seandai bumi mencatur sahifah
Untuk keruhkan sahsiah

Luahan Rasa Hati

Semalam aku lihat kedamaian
Dari celah kehidupan
Namun kusut dengan benang keegoan
Wujudlah keangkuhan
Bersama rintangan
Dan kecundang ke dasar kejahilan
Pincanglah kebahagiaan

Dari Mata Pena 1

Malam ini
Biar aku mengikat
Satu simpul rasa
Biar aku seberang
Sungai dalam jiwa

Malam ini
Cebisan dari malam-malam
Yang resah dan pasrah

Malam ku ini
Tak menangis lagi
Tiada lagi titisan air
Curahan dari jiwa
Basuhan dosa

Tetamu Senja

Senja
Tenunkan tirai indahnya
Menjejak malam
Yang kian sempurna

Senja bersama tetamunya
Mengintai damai tercipta
Dalam samar suasana

Senja bersama tetamunya
Mendakap maya
Atas keruhan jingga

Senja dan tetamunya
Nanti menyambut malam
Yang pasti sempurna
Di pintu alam

Selepas Banjir

Fuh! Dah 4 bulan rasanya aku tak menjamah blog aku ni. Sebenarnya banyak lagi menda aku nak tulis. Tapi buat masa ni agak kekeringan idea. Aku perlu satu inspirasi yang membolehkan aku terus menulis karya-karya aku tu. Emm..maybe sikit masa lagi kot...dan sebelum ade hasil tulisan yang baru, aku akan masukkan karya-karya aku yang lama dulu..happy reading!

Cerita Penagih

Aku..semakin jauh pergi..
Menyusuri jalan berliku..
Di dalam keresahan aku bersendirian..
Meniti kehidupan ini..

Malam..semakin jauh pergi..
Insan hanyut di buai mimpi..
Sedangkan diriku ini di dalam keresahan..
Di himpit dalam kebimbangan..

Mata bebas memandang..
Hatiku terpenjara..
Setelah ku kenal di kau angkara..

Mimpi-mimpi yang indah..
Ternyata kepalsuanmu..
Tuhan tolong tunjukkan jalan kebenaran..
Bebaskan dari cengkamannya..

Cukup sudah ku merasakan..
Betapa siksanya ku tanggungkan..
Dadah bukanlah sebagai satu penyelesaian..
Hanya lah satu kehancuran..

Sekilas Pandang

SELAMAT DATANG ke laman Dari Mata Pena. Di sini, aku cuba untuk paparkan karya-karya yang dah lama aku simpan dalam diari. Dan sinambungannya, apa saja yang aku rasa untuk di luahkan, juga akan aku paparkan kemudian. Bersama pena yang bertinta merah ni, aku selitkan segalanya. Korang baca je la tanpa prejudis. Adios!