Kalau Sudah Senjata Di Tangan

Kes remaja yang maut di tembak di Shah Alam tempoh hari masih dalam siasatan dan masih menjadi perbualan. Timbul pulak satu lagi kes remaja di tembak polis di Seremban. Mangsa, Mohd Azizi Aziz, 17, cedera selepas terkena tembakan di bahagian perut dan menembusi ususnya. Nampaknya, kita tidak langsung mengambil iktibar dari kes Aminulrasyid sebelum ini.
Dan sekali lagi, kredibiliti pegawai-pegawai polis di persoalkan. Masyarakat akan dan sudah mula menunding jari. Tapi harus ke kita menyalahkan polis semata-mata? Cuba fikir balik, mereka hanya menjalankan tanggungjawab dalam menjaga keamanan negara. Cuma, situasi yang di lihat kini seperti mereka ini begitu mudah dan sewenang-wenangnya mengeluarkan senjata dan tidak lagi teragak-agak untuk menembak sesiapa saja yang ingkar arahan. Sudah hilangkah pertimbangan? Atau mungkinkah ini satu prosedur baru pihak polis?
Aku tak nafikan, para remaja juga seharusnya di persalahkan dalam situasi begini. Mengapa dari mula lagi lari lintang pukang bila nampak polis kalau diri tu tak bersalah? Kenapa tak berhenti saja bila di beri amaran? Gabra? Cuak? Bila lari, nampak sangat la memang bersalah..Lu pikir la sendiri!

0 comments: