Catitan 2010

Lama benar rasanye aku tak jamah blog ni. Ini adalah posting pertama aku untuk tahun 2010 ni. Sebenarnya tak tau apa nak di postkan. Tu yang diam membatu. Hmm..dah dekat 2 minggu aku tak kerja. MC! Hanya sebab tersedak makan sandwic kat opis, aku kena tahan dalam wad. 5 hari juga aku berkampung di hospital. Belum pernah aku MC sampai 2 minggu sebab asthma. Paling kuat pun 2 hari je. Maka, terpaksa la aku telan pelbagai macam jenis ubat yang belum pernah aku makan sebelum ni termasuk la Prednisolone yang dalam erti kata lain, steroid. Tak boleh makan berterus-terusan. Takut nanti memudaratkan pulak. Banyak lagi la ubat-ubatan selain pred ni. Antaranya Hydrocort, Pulmicort, Atroven, ubat-ubatan anti-asthma macam Singulair dan Neulin. Dan juga steroid sedutan Symbicort.

Ish! Ish! Banyak bebeno. Symbicort, ubat sedut jenis hablur atau serbuk ni berbeza sikit dengan Ventolin yang aku selalu guna. Fungsinya pun lain. Hehe..macam doktor pulak ye. Ye la, sejak akhir2 ni, aku jugak banyak survey pasal ubat asthma ni. Saja la tambah ilmu sikit. Ok la, sampai sini dulu. Mata pun dah rabak dah ni mintak di pejam. Sampai jumpa lagi dalam next post...Chiawww..

0 comments: