Pusrawi Ke Gleneagles Intan

Masuk hospital lagi? Aha..lepas discaj dari Pusrawi lebih kurang 3 minggu lepas, nampaknya takde pun tanda-tanda kurang. So, aku cuba mintak 2nd opinion dari physician dekat Gleneagles Intan pulak. Rawatan yang di berikan hampir sama dengan pakar di Pusrawi. Cuma bezanya di sini doktor pakarnya membuat lawatan dan pemantauan yang lebih berbanding di Pusrawi. Bukan la aku nak kata Pusrawi tu tak bagus, cuma kadang kala ada baiknya kita cuba untuk mencari alternatif. Tak di nafikan, ubat yang di gunakan untuk merawat asthma di Gleneagles ni sama saja. Cuma cara doktor pakar yang merawat agak berbeza pendapatnya. Di sini, doktor pakar banyak memberi keterangan tentang penyakit dan ubatan yang di berikan supaya penggunaannya lebih terkawal dengan dos yang lebih tepat.
Tiga hari di sini, sudah menampakkan tanda-tanda pulih. So, aku harap lepas ni takde la admitted mana-mana hospital lagi. MC yang ada pun dah banyak habis aku gunakan. Ni baru masuk bulan April. Tapi hospitalized MC aku dah cecah 21 hari. Ada baki cuma 9 hari je lagi. Aduyai.....

0 comments: