Sesekali Teringat

Lagu Peralihan Zaman paduan suara JayJay dan Dayangku Intan yang berkumandang di radio tiba-tiba mengingatkan aku pada zaman persekolahan dulu. Tak banyak cerita yang menarik yang mungkin boleh di kongsi. Aku cuma seorang pelajar sederhana. Tiada apa yang dapat aku banggakan. Menjadi pelajar berstatus sederhana ni lebih selamat dari menjadi golongan yang extreme. Pun begitu, ada kalanya aku jahat jugak. Ponteng sekolah itu perkara biasa. Kena hamun dengan cikgu disiplin, selalu! Heh Heh...Puan Nooriah! Cikgu disiplin merangkap cikgu sejarah. Mana mungkin aku lupa nama itu..
Zaman persekolahan bukan jugak medan untuk aku bercinta. Mungkin sukar untuk di percayai, namun itulah hakikatnya. Hatta sebesar kuman sekalipun, aku tidak pernah punya rasa dan perasaan cinta kepada pelajar-pelajar perempuan sehinggalah aku tamat persekolahan. Nak kata tumpu pelajaran, tak juga. Aku lebih senang bersama kawan-kawan lain melakukan aktiviti yang kami fikirkan lebih seronok daripada di buai perasaan. Zaman ni, pelajar form 1 pun dah sibuk nak bercinta. Poyo!
Memang banyak kenangan pahit manis, suka duka masa bersekolah dulu. Aku malas nak cerita dari masa sekolah rendah. Banyak dah lupa! Sekolah menengah ni, ada la ingat sikit-sikit. Kadang-kadang bila fikir balik, tergelak besar jugak. Aku pernah di beri gelaran 'sotong' gara-gara suka meniru watak Sam dalam sitkom 2+1 yang femes dulu tu. Pernah jugaklah nak bertumbuk dalam bas sekolah dengan budak sekolah lain sebab salah faham. Tapi, 2,3 hari lepas tu, ok la. Cool balik walaupun aku tak pernah tegur dia pun. Seingat aku, nama dia Razlan. Budak sekolah Sungei Besi. Apa yang aku tau, budak sekolah Sg. Besi ni majoritinya jahat belaka. Haks!
Selain dari kena maki dengan cikgu, sebagai pelajar paling senior, ada jugak la pujian yang aku dapat. Antaranya, masa ujian percubaan. Cikgu bahasa melayu yang mengajar puji la karangan aku bagus. Isi padat dan tak lari tajuk. Tulisan pun kemas dan senang baca. Hehe...bangga jugak la kan. Lepas tu pulak, dulu kan ada kempen menjual tin alumunium. Aku sebahagian dari pelajar yang mengambil bahagian mewakili sekolah. Masa tu bertungkus lumus la tak kira hujan panas mengumpul tin nak jual untuk pihak sekolah. Dapat la jugak beberapa ratus (kalau tak silap la..) hasil dari jualan tu.
Masa pesta flora pun, kami ambik bahagian. Buat model taman bertema flora dan fauna. Bersaing la jugak dengan sekolah-sekolah lain. Juara pertandingan tu! Hadiah masa tu RM800 kot. Dah kira besar tu. Dan lagi yang aku ingat, pertandingan penulisan sajak anti dadah. Aku hantar satu sajak untuk mewakili sekolah. Naib johan rasanya. Hadiah dia RM80. Dah cukup bernilai bagi pelajar cam aku...
Banyak lagi la. Mungkin aku dah lupa atau malas nak ingat. Kepada cikgu-cikgu yang mengajar dulu, nasihat, panduan, pujian dan maki hamun..aku takkan lupa jasa dan pengorbanan kalian. Pengetua sekolah, Mr. Philip Loo, Cikgu Hamitha, Cikgu Nooriah, Cikgu Sawiyah, Puan Chen, Cikgu Aliza, Bonda (maaf, tak ingat nama), Mr. Swaminaidu, En. Ahmad, Ustaz Sayuti dan beberapa nama lagi yang tak dapat aku titipkan..terima kasih atas segalanya!
(..to be continued ..)

0 comments: